Total Pageviews

Jom Click!

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Tuesday, January 18, 2011

BERITA SEMASA

Isteri hamil dibunuh untuk dapatkan janin buat tangkal menang loteri

HANOI: Seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak kerana mahukan janin untuk menjadikannya tangkal bagi membolehkannya menang loteri.
Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.

Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.
Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan. “Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. “Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri.

“Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi,” kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.

Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP

1 comment:

  1. KALAU MANUSIA DAN BINATANG DAH SAMA, MANAKAH PERGINYA 'SEBAIK-BAIK KEJADIAN ADALAH MANUSIA' KEMANA AKAL DAN FIKIRANNYA?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...