Total Pageviews

Jom Click!

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Friday, January 28, 2011

KESEDIHAN

Hari ini hati aku berasa sayu, pilu dan sebak.......tak tahu kenapa......aku nak bercerita pada siapa?  Tiada teman yang dapat mengubat kesedihan dan kesengsaraan ini....... segala-galanya aku tanggung sendiri.....hendak ku ceritakan siapa yang sudi mendengar???????  Kalau tak di luahkan sudah pasti...aku boleh jadi gila.....tapi kalau aku ceritakan....orang hanya sekadar boleh mendengar sahaja......tapi bolehkah segala masalah ini terlerai??????? soalan demi soalan .....tanpa jawapan.......berapa lama harus aku begini???????  Adakah aku tak mengenali siapa kawan dan siapa lawan????? atau aku telah dibutakan mata dan hati untuk mencari sahabat sejati????????  aku.......ahhhhhhhhhhhhhhhhhh.......bangun....bangun.....jangan lari dari masalah......tapi selesaikan masalah itu segera.................tapi aku takut............kenapa mesti takut..............????????  Laila  yang ku kenali bukan sepenakut begini.......kuatkan semangat.....teruskan perjuangan untuk terus hidup...............keluar dari belenggu masalah ini..................................YA ALLAH AKU INSAN YANG TERLALU LEMAH......TOLONGLAH AKU, AKU DAH TAK BERDAYA UNTUK MENANGGUNGNYA........ALLAH HUAKBAR......................................

Wednesday, January 26, 2011

BERITA TERKINI



Semalam jenazah arwah suami sahabat ku ini selamat di kebumikan di Gelang Patah bersama dengan anak-anaknya yang berumur 5 tahun dan 2 bulan......... Hari ini aku terima mms dari kawanku di Kuantan yang telah pergi melawat Puan Zainon Bt Abd Kadir di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.....sedih dan tragis sungguh nasib kawanku ini.....sudah malang di timpa tangga......tetapi itulah Qada' dan Qadar Allah.... bagi kita yang masih hidup doakanlah yang terbaik buat beliau.....Keadaannya sekarang ni, baru sedar....kedua-dua tangannya patah dan tengkoknya tak stabil lagi........ Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya......... Buat Arwah suami dan anak2 nya semuga di tempatkan bersama-sama mukminin yang lain .......AL - FATIHAH.....

Monday, January 24, 2011

BERITA TENTANG BEKAS TEMAN SEKOLEJ (MPT)

pagi tadi aku dapat call dari hubby yang berada di Taiping sebelum bermulanya LTDL stage ke tiga. Kemudian aku search di Harian Metro Mutakhir dan inilah beritanya....walau bagaimanapun....AL FATIHAH untuk beliau sekeluarga....

3 MAUT NAHAS 4 KENDERAAN

KUANTAN: Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 129.2, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Toyota Camry dinaiki tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari Segamat, Johor menuju ke bandar ini.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Proton Saga dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.


Katanya, pada masa sama, sebuah lori tanpa muatan seberat tiga tan di belakang Toyota Camry itu gagal mengelak lalu merempuh kenderaan malang itu.


“Pemandu kereta bersama dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat,” katanya.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Mohamad, 42, seorang guru serta dua anaknya, Mohamad Aniq Mauqri, 5, dan adiknya, Maria Aqilah, 2.

Sunday, January 23, 2011

BERITA MENARIK HARI INI

Keajaiban 'Muiz Stuntman'
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TERSELAMAT...Muiz bersama bapanya dan ahli keluarga yang lain bersyukur terselamat daripada kejadian yang lebih buruk.
TERSELAMAT...Muiz bersama bapanya dan ahli keluarga yang lain bersyukur terselamat daripada kejadian yang lebih buruk.

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak bukan saja terselamat, malah tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun tergolek beberapa kali di atas jalan raya selepas terjatuh daripada van dipandu bapanya, malam kelmarin.

Nasib turut menyebelahi Muhammad Muiz Zaid, 7, yang tidak digilis kenderaan lain walaupun lalu lintas agak sibuk ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam di persimpangan Jalan Padang Tembak-Jalan Maharajalela, dekat sini.

Menurut Muiz, dia sedang bersandar di pintu belakang van apabila ia tiba-tiba terbuka.

“Saya terjatuh dan tergolek beberapa kali atas jalan serta hampir digilis kenderaan lain.
Saya begitu takut dan hanya mampu menjerit meminta tolong. Saya tidak akan duduk di bahagian belakang lagi selepas ini dan berasa takut apabila melihat van,” kata Muiz yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Selangor.

Bapanya, Zaid Nordin, 44, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga yang tinggal di Puchong, dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya di Kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh, untuk menghadiri kenduri kahwin saudaranya dan singgah di Teluk Intan.

“Selepas bersiar-siar di Teluk Intan, kami meneruskan perjalanan dan saya memandu seperti biasa apabila tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan ahli keluarga mengatakan Muiz terjatuh dari van. Saya terus memberhentikan kenderaan dan melihat Muiz terpinga-pinga mencari van kami.

“Sebaik melihat kami, dia terus berlari ke arah saya dan saya memeluknya sekuat hati...syukur dia terselamat. Namun saya terkejut apabila pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan calar atau luka walaupun dia tergolek atas jalan raya. Bagi saya, semua itu kuasa Allah s.w.t,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Kampung Sungai Pergam.

Bagaimanapun, sejak kejadian itu mereka sekeluarga sepakat untuk memanggil Muiz dengan gelaran ‘Muiz Stuntman’ kerana ‘aksinya’ seperti pelakon lagak ngeri yang selamat daripada kecederaan selepas terjatuh keluar daripada kenderaan yang sedang bergerak.

Zaid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pintu belakang van dipandunya terbuka secara tiba-tiba menyebabkan anak ketiga daripada empat beradik itu yang sedang bersandar padanya, terjatuh sebelum tergolek beberapa kali atas jalan raya.

Saturday, January 22, 2011

BERITA SEDIH

Semalam lebih kurang pukul 5.40 petang aku di kejutkan dengan satu panggilan telefon. Telefon dari kawan baik ku di Bt Pahat.... selalunya dia sms aku je.....tapi tidak semalam.....Shidah menyampaikan satu berita sedih padaku....perginya anak saudaranya LILY (NUR LIYANA) yang terlantar sejak di lahirkan lebih kurang 19 tahun lamanya....semalam tuhan mengambil haknya untuk terus berada di JANNAHNYA.....Setelah 19 tahun dia meminjamkan kepada LIN (ibunya) dan DIN (ayahnya) untuk memikul amanahNYA.....sesungguhnya itulah terbaik buat mereka sekeluarga....betapa kita menyayanginya, sayang lagi tuhan kepadanya.....Buat Lin dan Din takziah dari aku sekeluarga dan maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri sewaktu kamu berdua menerima dugaan tuhan ini....AL-FATIHAH BUAT ARWAHNYA....LILY SEMUGA AMAN DI SANA......

Friday, January 21, 2011

CERITA CERITI


Inilah gambar terbaru anak saudaraku yang paling bongsu, SHIRIN SHAHDINA BT RAMUDIN... sebenarnya aku tak suka sangat nama tu sebab susah sangat nak sebutnya....berbelit nak memanggilnya..... biasanya aku panggil dia baby je. Dia akan tertidur di dadaku setiap kali aku memegangnya.... the best place for her to rely on.....tapi kalau nak ada baby lagi rasa macam tak nak dah.....cukuplah sewaktu mengandungkan Asiah 4 tahun yang lalu....... semua orang rasa susahnya.....sampai ada yang cakap macam sekolah di landa garuda sebab orang yang mulut bising tak ada di sekolah.....semua jenis mc aku guna..... dengan crk.... memang hebatlah aku rasakan.....kalau umur masih 30an lagi mungkin juga aku berhajat untuk menimang baby lagi..... tapi cukuplah pemberian tuhan yang ada sekarang ni....... bagilah peluang pada yang muda-muda pula memenuhi kuota cuti untuk 300 hari sepanjang perkhidmatan tu......walaupun cuti aku ada lagi berbaki 52 hari......

Thursday, January 20, 2011

PENYAKIT YANG PALING POPULAR HARI INI

Ubat Resdung Mujarab

Adakah Anda Menderita Kerana Resdung?
Ini kisah saya, ia berlaku kepada saya pada tahun 2005 ketika itu saya masih belajar. Saya mengalami demam selama dua minggu demam ini hanya berlaku pada waktu malam. Pada sebelah pagi demam saya reda.
Saya tidak mengesyaki apa-apa dan saya rasakan demam selsema biasa sahaja. Pada sebelah petang saya menghembus hingus pada tisu. Terkejut hingus warna hijau dah pekat. Kemudian tiba-tiba ada bau seperti udang busuk yang dibakar.
Saya mencari bau tersebut dan mencium kembali hingus yang dihembus. Sah bau tersebut datang daripada hingus saya  dan dalam hati terus berkata “aku dah kena resdung”.
Bermula hari itu, hingus tidak berhenti-henti keluar. Sebenarnya bukan hingus ia lebih kepada seperti air. Saya langsung tidak boleh makan makanan laut, daging dan makanan yang gatal seperti telur. Jika makan, saya akan merana hingus akan keluar lebih banyak dan gatal-gatal. Makan makanan pedas pula kulit kepala akan tiba-tiba menjadi gatal. Jerawat pula tumbuh di belakang badan, sampai sekarang masih kekal parutnya.
Setiap hari pula, semasa matahari hendak naik saya akan mengelami sakit kepala yang amat sangat. Bahagian muka dan hidung pula gatal.
Banyak ubat saya cuba dan semua tidak menjadi, sehinggalah saya mencuba kulit kayu setong. Alhamdulilah penyakit resdung saya hilang.
Dengan niat untuk menolong kepada sesiapa menderita kerana resdung saya ada menjual kulit kayu setong ini.
Kulit Kayu Setong
ubat resdung
Kulit Kayu Setong adalah sumpahan penyakit Resdung dan ia hanya untuk penyakit resdung.
Tanda-Tanda Anda Terkena Penyakit Resdung.
  1. Hidung Gatal,
  2. Hidung Bengkak, Berair
  3. Hidung Sakit, Pedih dan berbau
  4. Pernafasan berbau busuk
  5. Sering Bersin apabila anda terkena sujuk, embun pagi dan malam
  6. Muka gatal-gatal merenyam
  7. Tidak tahan terkena cahaya matahari
  8. Resdung Mata pula, mata menjadi gatal, pedih, kelabu.
  9. Sering sakit kepala
Cara Menggunakan Kulit Kayu Setong ini
Kulit kayu direndam beberapa minit didalam air. Kemudian kulit kayu itu tadi diasah diatas batu atau simen dengan sedikit air sehingga keluar pati kayu. Di gulung kapas lalu disapu  pati kayu tersebut pada kapas yang digulung tadi.
Anda boleh menggunakan putik kapas. Lalu kapas yang digulung tadi dimasukkan kedalam lubang hidung kanan dan kiri selama 5 minit lebih kurang. Sapukan pati kulit kayu itu tadi juga ke seluruh bahgian muka. Anda akan berasa seperti panas sedikit.
Hidung anda akan mengeluarkan lendir dan ibu resdung. Amalkan selama seminggu. InsyaAllah resdung anda akan hilang.

Untuk guru-guru baca dan fahamkan ya.....

Larang guru kerja Sabtu

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.
Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.
Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.

“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.

RESIPI PILIHAN - SUP TULANG




BAHAN-BAHANNYA


1KG TULANG LEMBU
10 ULAS BAWANG MERAH (DI MESIN)
5 ULAS BAWANG PUTIH  (DI MESIN)
2 INCI HALIA  (DI MESIN)
2 BTG SERAI ( DITITIK)
1 PEKET REMPAH TUMIS
1 PEKET RAJA SUP MAK SITI
SEDIKIT DAUN SUP DAN DAUN BAWANG.
BAWANG GORENG

CARA MEMASAK:


1. REBUS TULANG DENGAN API YANG SEDERHANA. KEMUDIAN MASUKKAN   REMPAH TUMIS BESERTA DENGAN BAHAN YANG TELAH DI MESIN.
2. BILA TULANG TELAH MENGGELEGAK DAN DAGINGNYA EMPUK BOLEHLAH DI MASUKKAN  RAJA SUP, SERAI DAN GARAM.  BILA TELAH CUKUP RASANYA BOLEH DI ANGKAT  DAN HIDANGKAN.
3. SEWAKTU NAK DI HIDANGKAN BOLEHLAH DI TABURKAN DENGAN DAUN SUP,    DAUN BAWANG DAN BAWANG GORENG.

**UNTUK LEBIH SEDAP DIMAKAN BOLEHLAH DI BUAT SAMBAL KICAP.




   SAMBAL KICAP
   15 BIJI CILI PADI
    KICAP MASIN
    1 ULAS BAWANG PUTIH

    - MESIN KESEMUA BAHAN DI ATAS. SIAPLAH UNTUK DI MAKAN DENGAN SUP TULANG TADI......

                    SELAMAT MENCUBA, IKATLAH PERUT SUAMI UNTUK KEBAHAGIAN KELUARGA KITA.......WALAU KEMANA PERGI PUN TETAP TERINGATKAN MASAKAN ISTERI DI RUMAH.......

Wednesday, January 19, 2011

RESEPI HARI INI - ASAM PEDAS IKAN MERAH


BAHAN-BAHANNYA

Bahan A
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia, kunyit hidup
sedikit belacan
15 tangkai cili kering
 Bahan B
4 Potong ikan merah
Kacang bendi
daun kesum/sayur jeruk
minyak untuk menumis
air asam jawa 1 mangkuk
garam

CARA-CARA MEMASAKNYA
1. Bahan A tadi di mesin hingga halus.
2. Panaskan minyak untuk menumis, minyak untuk menumis kena banyak.  Kalau tidak warnanya tak cantik merah..
3.  Masukkan bahan yang telah di mesin  ke dalam periuk yang telah panaskan.  Tumis sehingga naik minyak dan garing.
4.  Bila bahan yang ditumis telah garing masukkan air asam jawa, garam dan rasa kuahnya.  Bila telah mendidih barulah di masukkan ikan  beserta dengan kacang bendi/ sayur jeruk dan daun kesum.. Kalau nak lebih sedap tambahlah serbuk perasa.  Kalau tak mahu letak pun tak pa....
5.  Setelah cukup rasanya, bolehlah di hidangkan untuk santapan........
Selamat mencuba.........

Sedikit tip
- kalau gunakan ikan pari campurkanlah lada hitam dan  lada sulah sikit....barulah yummmmm rasanya...

HALIA HUTAN BOLEH RAWAT KANSER



 
SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui teknologi perubatan baru bagi merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) dengan menggunakan herba semula jadi yang dikenali sebagai lempoyang atau halia hutan (Gambar).

Penyelidiknya, Dr Ahmad Bustamam Abdul, berkata penemuan membuktikan bahan itu sesuai digunakan untuk merawat pesakit kanser serviks dengan selamat apabila penggunaannya hanya mematikan sel tidak normal saja.

Katanya, walaupun menggunakan dos yang tinggi ia tidak membahayakan pesakit kerana ia tidak memberi kesan kepada tisu normal manusia.

“Penggunaan Z2 ini juga mengurangkan pelbagai komplikasi yang timbul pada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

“Kami menjalankan kajian ke atas manusia serta model haiwan berpenyakit kanser serviks di makmal bagi kajian aktiviti anti- kanser terutama terhadap pangkal rahim,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Promosi Hasil Penyelidikan UPM, di Institut Biosains, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.

Dr Ahmad Bustamam berkata, menerusi penemuan teknologi bahan semulajadi itu, kos rawatan pesakit kanser ini berkurangan berbanding penggunaan ubatan berasaskan bahan bukan semula jadi termasuk yang diimport yang menelan belanja tinggi.

“Bahan ini menjalani ujian praklinikal haiwan di makmal yang membuktikan ia mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat serta berupaya membunuh sel kanser sama seperti ubatan anti- kanser komersial lain. “Bahan semula jadi ini amat stabil sehingga enam bulan dalam larutan air pada suhu bilik dan mampu dikomersialkan sebagai Douches and Suppositori,” katanya yang memulakan kajian pada 2002 bersama lima penyelidik lain di universiti berkenaan.Metro/-

ISU SEMASA

Santan pekat campur tepung

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah segar.
Difahamkan, penipuan terancang itu dilakukan segelintir peniaga yang cuba meraih keuntungan sebanyak mungkin termasuk dengan menjual santan yang dicampurkan serbuk khas bagi memekatkan kandungan cecairnya.

Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Othman Nawang berkata, taktik itu dibongkar selepas pihaknya mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin.
Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini pernah menerima aduan daripada beberapa orang awam yang mengesyaki berlaku penipuan berikutan rasa dan kandungan santan dibeli berbeza dengan santan asli yang digunakan sebelum ini.

“Pihak KPDNKK tidak memandang remeh aduan itu, sebaliknya segera melakukan risikan dan pemantauan di beberapa pasar utama di ibu kota membabitkan syarikat pengeluar santan pekat atau santan segar.

“Sebanyak 10 premis menjual santan dipantau dan disiasat petugas KPDNKK sebelum mendapati dua premis itu mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata, salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah.
“Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk memekatkan santan berkenaan.

“Ketika diajukan soalan, peniaga berkenaan hanya mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat pekat tanpa mengetahui apa sebenar kandungan kimia di dalamnya. “Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang boleh memudaratkan pengguna,” katanya. “Dalam serbuan kedua di sebuah premis di kawasan sama, seorang lagi peniaga melakukan aktiviti sama dengan mencampurkan santan dengan air bagi menambah kuantiti,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berusaha membanteras penipuan ini dengan bekerja sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan santan itu selamat kepada pengguna.

“Setakat ini, pihak kami sudah mengambil sampel santan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya. nya.

Berdasarkan siasatan, santan campuran itu dijual dengan harga hampir separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram.

LATAR BELAKANG KEHIDUPANKU

INILAH KELUARGAKU..... KAMI TERDIRI DARI 5 ORANG BERSAUDARA. DARI DARAH YANG BERBEZA.... HANYA AKU DAN ADIKKU SAHAJA YANG SEIBU SEBAPA.  AKU PUNYA SEORANG SAUDARA TIRI YANG DUDUK DI SEBELAH KIRI TU....ABANG TIRIKU IAITU ANAK IBU TIRIKU....AKU JUGA PUNYA DUA ORANG SAUDARA SEBAPA IAITU YANG DUDUK DI SEBELAH BAPAKU DAN DI PANGKUAN IBU TIRIKU.......
WALAUPUN IBU KU TELAH LAMA MENINGGALKAN AKU LEBIH KURANG 38TAHUN YANG LALU KETIKA AKU BERUMUR 4 TAHUN DAN ADIKKU BERUMUR 2 TAHUN.  TAPI AKU TIDAK PERNAH BERANGGAPAN IBU TIRIKU SEBAGAI IBU TIRI SEBAB HANYA DIA SAHAJALAH YANG AKU KENAL SETELAH IBUKU MENYAHUT SERUAN ILAHI.........
BAPAKU HANYA SEORANG TUKANG KEBUN SEKOLAH DI SEBUAH SEKOLAH KERAJAAN DI BRICKFIELDS SUATU KETIKA DULU......IBU TIRIKU PULA HANYA SEBAGAI ATTENDANT  DI HOSPITAL UNIVERSITY (PPUM).  KAMI BUKAN DATANG DARI KELUARGA YANG SENANG.....CUMA KELUARGA SEDERHANA YANG MAMPU MEMPUNYAI SEBUAH RUMAH, SEBUAH MOTOSIKAL HONDA DAN CUKUP UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA KAMI 5 BERADIK.......
AKU TAK PERNAH MEMINTA HADIAH YG BESAR2 JIKA LULUS DI DALAM PEPERIKSAAN... HANYA SEBUAH BASIKAL UNTUK AKU BAWA KE SEKOLAH.......ITULAH HADIAH DARI BAPAKU SEWAKTU AKU DI TINGKATAN SATU.....AKU MASIH INGAT LAGI BASIKAL BERWARNA HIJAU.....ITULAH YANG AKU KAYUH SETIAP HARI KE SEKOLAH........

Tuesday, January 18, 2011

BERITA SEMASA

Isteri hamil dibunuh untuk dapatkan janin buat tangkal menang loteri

HANOI: Seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak kerana mahukan janin untuk menjadikannya tangkal bagi membolehkannya menang loteri.
Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.

Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.
Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan. “Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. “Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri.

“Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi,” kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.

Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP

SALAM PERTEMUAN DI ALAM MAYA

SALAM PERKENALAN KEPADA MEREKA YANG SUDI MENGIKUTI BLOG NI......DAH LAMA TERFIKIR UNTUK MENYEDIAKAN BLOG NI CUMA TAK CUKUP MASA.  DULU SEWAKTU DI ZAMAN REMAJA RAJIN JUGA MENULIS TAPI BILA DAH LAMA MENINGGALKAN DUNIA PENULISAN, MAKA BANYAK JUGA YANG PERLU DI PELAJARI....
NAMUN DUNIA MAYA NI SEBENARNYA BANYAK MEMBERI KITA PELUANG UNTUK MEMBUAT APA SAHAJA YANG BOLEH DI KONGSIKAN BERSAMA RAKAN-RAKAN YANG LAIN.  POKOK PANGKALNYA RAJIN....INSYAALLAH SAYA AKAN MEMBERIKAN YANG TERBAIK FOR THE FOLLOWERS.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...