pagi tadi aku dapat call dari hubby yang berada di Taiping sebelum bermulanya LTDL stage ke tiga. Kemudian aku search di Harian Metro Mutakhir dan inilah beritanya....walau bagaimanapun....AL FATIHAH untuk beliau sekeluarga....
3 MAUT NAHAS 4 KENDERAAN
KUANTAN: Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 129.2, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Felda Keratong, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Toyota Camry dinaiki tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari Segamat, Johor menuju ke bandar ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Proton Saga dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
Katanya, pada masa sama, sebuah lori tanpa muatan seberat tiga tan di belakang Toyota Camry itu gagal mengelak lalu merempuh kenderaan malang itu.
“Pemandu kereta bersama dua anaknya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat,” katanya.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Ramlan Mohamad, 42, seorang guru serta dua anaknya, Mohamad Aniq Mauqri, 5, dan adiknya, Maria Aqilah, 2.
innalillah..semoga dia diberikan kekuatan oleh Allah
ReplyDeleteSalam Lela..ni Norzie:)