Total Pageviews

Jom Click!

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Sunday, February 27, 2011

PENAWAR BAGI BARAH PANGKAL RAHIM

Rawatan

Rawatan untuk dysplasia.

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

Rawatan untuk barah pangkal rahim.

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

Pembedahan

Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

Radioterapi

Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

Kimoterapi

Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.

Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

Rawatan paliatif

Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.


DOA UNTUK MERAWAT KANSER

Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.

Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah.

via : Surah Al-Waqiah | Wikipedia |

** anda boleh melihat juga tentang makluman halia hutan yang pernah saya catat
setiap penyakit ada penawarnya-insyaallah-yang menyembuhkan adalah hak ALLAH

Saturday, February 26, 2011

BARAH PANGKAL RAHIM


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5). Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?

1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin. [2]

Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:

* Henrietta Lacks
* Colleen Dewhurst
* Karin Smith
* Anita Mui


BAHAN DIPEROLEHI DARI WIKIPEDIA ENSIKLOPEDIA, UNTUK KAWAN2KU SAMA-SAMALAH KITA MENCEGAH DENGAN MENDAPATKAN PEMERIKSAAN DI HOSPITAL ATAU DI PUSAT2 KESIHATAN. MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATINYA......

Thursday, February 24, 2011

SORE THROAT ( SAKIT KERONGKONG)



KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

So minggu ni minggu aku sakit kerongkong....bahaya tau...sebab kerongkong ni macam2 nak lalu....makan kena pantang terutamanya ais....tapi susah betul aku nak pantang sebab sekarang ni musim panas sangat2nya..... hehehe... ambil jugalah...macam2 petua kengkawan beri....minum air asam jawa, minum madu campur asam limau, makan ais krim vanilla dan banyak lagi....semuanya aku buat dan aku juga ambillah strepsils for regular ngap2.....ok sikitlah dan dapat mc 3 hari la plak....

Wednesday, February 23, 2011

JALAN-JALAN DI KUCHING


Cuti-cuti bulan Jun 2010, jenjalan jauh sikit tapi masih lagi kat dalam Malaysia....cuma naik belon je....gi Kuching, Sarawak....kali ini kitarang naik perahu penambang untuk cross ke Kg Boyan dimana boleh membeli kek-kek lapis yang memang terkenal di Sarawak ni......


Bila pergi ke sini, kilang kek lapis Shaleha memang polular di Kuching ni. Boleh rasa semua kek yang ada kat atas meja tu......makan sampai kenyang..... lepas tu belilah yang ada kat kedai tu.... murah2 aja.....


Hari kedua g jenjalan ke Taman Negara Bako....jangan ingat nak shopping je...tapi di sini boleh juga kita pergi meredah hutan dan mendaki bukit2 yang terdapat di Taman ni sambil mengenal flora dan fauna.....suami aku kata selama dia selalu ke Sarawak barulah first time jejak kaki kat sini....yalah selalunya dia g kursus mestilah jenjalan kat bandar je.....


Satu perkara yang tak sedar sewaktu ke Taman Negara Bako ni.....kami sekeluarga tak memakai jaket keselamatan sewaktu di dalam bot....kalaulah apa2 terjadi .....alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku.....


Kalau ke Sarawak jangan lupa singgah di sini.....kalau dah berada di sini seperti telah menjelajah ke seluruh Sarawak.....
4 hari 3 malam di Kuching rasanya tak cukup....sebab tak pergi ke Serikin...insyaallah bila ada rezeki mesti akan ke sana lagi hanya untuk shopping je plak......seronok......thanks to my beloved hubby as our tuorist guide walaupun tak berbayar.....

Ni tengah tunggu flight untuk balik ke semenanjung.....

Tuesday, February 22, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA


Suamiku memang suka g jenjalan.....biasanya dia akan pergi ngan kengkawannya dulu atau dengan keluarga....kalau dia pergi ke tempat yang aku dan keluarga belum pernah pergi dengan kengkawannya....bila ada peluang dan rezeki lebih dia akan bawa kami sekeluarga pergi pula.....so....ini adalah cuti-cuti malaysia kami bagi tahun 2010 bersama keluarga suamiku.....kami memulakan perjalanan dari Senggarang, Bt pahat pada 5hb Disember 2010. Bersarapan di Mersing, Makan tengahari di Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang dan makan malam serta menginap untuk malam pertama di Kuala Terengganu......



Hari Kedua, g shopping di Pasar Payang, Kuala Terengganu.....kalau dah kat kuala terengganu rugi kalau tak beli kain batik atau kain sutera terengganu....the best place to get the most beautiful sutera here.....sebab buatannya lebih halussss berbanding sutera kelantan..... dapatlah juga aku sepasang sutera....harga asalnya rm380.....tapi oleh kerana pagi2 buta dah mengadap kat kedai tu.....mintalah kurang sampai rm150.....alhamdulillah dapat....heheheheh.....

Hari ini g makan tengahari di batu rakit plak.......sebab nak teruskan perjalanan ke Kota bharu plak....dah janji nak singgah umah sepupu suami di Kok Lanas....sepanjang perjalanan keropok lekor ada berbeg2 dalam kereta.....diberi oleh kengkawan suamiku...



Petang dalam lebih kurang pukul 5 kitarang dah sampai di umah sepupuku di Kok Lanas, cikgu bersara Raja dan isterinya cikgu Sabariah..... yang bestnya makan malam lauk asam pedas ayam, masak lemak labu, sambal belacan, sayur campur dan ikan masin....apa lagi anak2 aku dan kaum kerabat suami aku punya favourite tu....makan sampai licin....seronok tuan rumah.....maklumlah diaorang ni tinggal berdua aja....bila ada sedara mara datang memang suka sangatlah....maklumlah anak perantau di rantau orang - kata cikgu sabariah......

Hari ketiga, g shopping di mana lagi kalau tak g pasar siti khadijah dan kota baharu.....tapi taklah g rantau panjang sebab dah pernah pergi....nanti bajet lari...... itu pun tak cukup tangan shopping.... tak ingat nak jalan2 jauh lagi ni.....hari ini lunch di Kota bharu....dalam perjalanan ke Ipoh melalui Jeli-grik.... ini first time aku melalui lebuhraya timur barat..... suami aku kata tak boleh lewat petang sangat lalu sini sebab banyak gajah....no wonder sepanjang perjalanan ada sign board gambar gajah.....dalam perjalanan tu aku belilah kueh putu piring rempah....tak pernah makan, nak cuba2 .... ok...sedap lagipun perut lapar.....dari Kota Bharu dah mula plak hujan....tak lebat pun....renyai2....tu yang lapar tu.....


Tiba di dataran Titiwangsa kami berhenti di sini, tandas....makan....dan bergambar.....banjaran yang tertinggi di Semenanjung.....macam boleh capai awannya......makan malam di highway sebelum tiba ke grik......gelap...sunyi....padanlah dulu banyak komunis di sini.....melalui jambatan yang menyambungkan pantai timur dan barat....

Malam ni tidur di rumah sepupu suami aku di Jelapang, Perak..... bila sampai aja...semua cari tempat untuk tidur.....lepaklah tu.....



Hari Keempat, apa lagi cita-cita anakku untuk g mandi....so gilah mandi di LOST WORLD OF TAMBUN....mandilah puas2.... pukul 9 pagi dah berendam....pukul 2 petang baru naik....... makan tengahari di Jelapang. Pukul 5 petang baru bergerak balik ke Puchong.....

Bapa dan ibu mertua serta kaum kerabat suamiku bermalam di Puchonglah .......
Ibu mertuaku cakap..... lain kali tak nak ikut...... penat......tak larat.....hehehehe.....tulah selalu kalau kitarang g jenjalan nak ikut.....bila dah pergi tak larat nak layan......esok kalau aku tua macam manalah plak kan.....

FRUIT COCKTAIL


BAHAN-BAHANNYA

2 TIN LAICI
1 TIN NENAS KIUB
1 TIN LONGAN
1 TIN BUAH CAMPUR
1 BEKAS NATA DE COCO PERASA MANGGA (PERASA LAIN KURANG SEDAP)
1 TIN SUSU CAIR
KETULAN AIS KIUB

CARA MENYEDIAKANNYA

MASUKKAN KE SEMUA BUAH-BUAHAN YANG DI DALAM TIN ITU KE DALAM MANGKUK. AKHIR SEKALI BARULAH DI MASUKKAN SUSU CAIR. SEWAKTU HENDAK DI MAKAN BARULAH DI MASUKKAN AIS DIDALAM MANGKUK ANDA.

TIPS:
JANGAN CAMPUR AIS KE DALAM MANGKUK BUAH-BUAHAN LEBIH AWAL SEBAB IANYA AKAN MEMBUATKAN HILANG RASA SEDAPNYA.....

Monday, February 21, 2011

Lefthanded - Tiada Lagi Kidung Mu

PETUA

Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Awet Muda

1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

- bahan di ambil wikipedia -

AMALKANLAH.....MANALAH TAHU ADA KEBERKESANANNYA....INSYAALLAH.......

Wednesday, February 16, 2011

BERDIET TANPA RISIKO

Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.

Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;


1. Ambil Protein yang Cukup


~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.

~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.



2. Elak Perut daripada Lapar


~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.

~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.


3. Usah abaikan Lemak


~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.

~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.

~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.

~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.

~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.

~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.

COPY FROM KEDAI HERBA ONLINE

HARIJADI 3 GENERASI

3 generasi menyambut hari lahir pada tarikh yang sama setiap tahun iaitu 7 FEBRUARI......
1. Pak cik ku 7.2.1950 (Saat b. Yunos)
2. Suamiku 7.2.1968 (Rosli b. Rapep)
3. Anak saudaraku 7.2.1998 (Nur Hanisah Bt. Norhisham)
Semuga kehidupan di berkati ALLAH sentiasa....Amin.....

Thursday, February 10, 2011

REUNION PUO BATCH 86/88


Pada 3/2/2011 bersamaan Khamis, 29 Safar 1432H.... Inilah tarikh keramat yang di lalui oleh aku dan teman2 sekuliah. Perjumpaan semula setelah 25 tahun umur pertemuan itu di PUO, Ipoh... Perak.....

Kali pertama menjejakkan kaki ke PUO, setelah mendapat panggilan kemasukan bagi ambilan 86/88......Aku melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Business Studies.... Aku berada di blok kedua terakhir selain blok elektrikal.... terlalu banyak kenangan indah sewaktu belajar di sini.... di sini aku belajar untuk hidup dengan berdikari.... tanpa ayah dan ibu di sisi....segala tanggung jawab itu di tanggung oleh warden asrama..... Ketika itu aku juga di lantik sebagai ketua blok C.... di sini kami hanya ada 2 blok sahaja... C dan D utk pelajar perempuan... yang lainnya adalah blok untuk pelajar lelaki.... dari blok A, B,E,G & H..... sungguh manis kenangan di sini....... kalau aku di beri peluang untuk kembali ke zaman itu ...... sudah pasti aku inginkannya..... walaupun teman sebilikku telah pergi menemui ILLAHI... AL- FATIHAH yang dapat aku sedekahkan kepadanya.......AGAR ROHNYA BERADA DI SISI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....rindu sungguh ku rasakan........

Tapi yang pastinya pertemuan yang baru lalu di CINTA SAYANG RESORT itu sekurang-kurangnya dapat mengubat hatiku.....dapat bertemu dengan teman-teman lama walaupun bukan semuanya yang hadir......tapi yang pastinya terubat jugalah rindu dengan zaman silam tu.......

SEMUGA ADA PERTEMUAN LAGI SEPERTI INI DI SELATAN TANAH AIR ..... INSYAALLAH......

Wednesday, February 9, 2011

LE TOUR DE LANGKAWI 2011


Inilah tugasan suamiku setiap kali musim Le tour De Langkawi....Tapi tahun ini lama sikit tugasannya lebih kurang 10hari sebab tahun ni di buat di Pulau Langkawi sendiri..... balik dari Pulau Langkawi mesti ada bawa balik coklat kegemaran kami sekeluarga.....nyumm...nyum.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...