Total Pageviews

Jom Click!

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Followers

Saturday, May 14, 2011

ISI HATI SEORANG YANG DI PANGGIL 'CIKGU'



Betapa indahnya kalau apa yang tergambar di petikan di atas adalah realitinya....menjadi seorang guru bukan semudah yang pernah ku impikan 21 tahun yang lalu.....dulu sewaktu di sekolah rendah, bila di tanya dah besar nak jadi apa? dengan pantas aku menjawab soalan dari guru pertamaku...(aku tak pernah pergi ke tadika) Pn. Rohani. Dia mengajar aku mengenal huruf A - Z, dia mengajar aku melukis, menulis dan tentunya membaca...1975....tahun pertama menjejak kaki ke sekolah....aku juga mula belajar bahasa selain dari bahasa melayu....bahasa Inggeris...gurunya cikgu Nurhana Buyong.....naik ke darjah 2 aku di ajar oleh cikgu Norehan dan cikgu Englishnya Cikgu Mansor...cikgu yang memakai kereta volvo pada ketika itu...seterusnya cikgu Rumiah, Mr Kathiravellu (jurulatih hoki kebangsaan pada ketika itu) dan sudah tentu aku masih ingat pada Mr Nantha Kumar yang garang tetapi sering memberi semangat kepada kami sekelas, begitu juga dengan cikgu Noslini, cikgu Halim, cikgu Jamaludin dan cikgu Mohd Nor semestinya....itulah senarai nama guru2 sewaktu aku di sekolah rendah....tapi kini aku telah berada di tempat aku bermula di SMTmn Bkt Maluri, Kepong....pergi mengajar tanpa pengangkutan sendiri....menaiki bas awam dan menumpang seorang guru yang satu sekolah di TTDI.....pernah bertugas sampai pukul 10.30 malam didalam menguruskan pertandingan Bolajaring Zon Sentul....kerana tiada kenderaan terpaksa menaiki bas ke KL barulah sampai ke Damansara Utama.....pernah membawa murid ke ceramah motivasi murid dengan hanya menaiki bas awam tanpa meminta duit tambang dari pihak sekolah....menaiki keretapi kelas 3 untuk berkursus di USM kerana masa itu belum ada gaji lagi......sungguh hebat aku rasakan....aku tak pernah terfikir untuk mempunyai kenderaan sendiri kerana gaji yg diterima pada masa itu tak sampai pun rm600 bila dah ditolak kwsp dan lainnya....itulah jumlah wang yang aku gunakan untuk melangsungkan perkahwinanku tanpa membuat pinjaman di bank......semuanya boleh di buat.....anak muridku dulu 99% adalah murid berbangsa cina....yang sememangnya 90% tidak tahu bertutur BM dgn baik.....tapi aku masih boleh membentuk mereka.....mereka masih boleh mendengar cakap kita....dan bila aku mengadakan majlis perkahwinanku mereka hadir beramai2 dengan keluarga mereka...sungguh aku terharu......kemudian aku mengikuti suamiku bertugas di N9....di SMDato' Mansor, Bahau....di sini aku telah membantu menaikkan nama sekolah di dalam bidang bolajaring bagi Zon Jempol....setelah 15 tahun di ungguli oleh SMBatu Kikir.....ianya telah di rampas oleh anak didikku di hari jadiku.....betapa aku terasa di hargai.....walaupun murid2nya tidaklah begitu menjadi didalam pelajaran tetapi sekurang2nya mereka dapat menyumbangkan sesuatu utk kebanggaan sekolah.....5 tahun aku di sini dengan seribu satu kenangan pahit dan manis.....itu semua pengalaman hidup... berjauhan selama setahun dengan suami yang melanjutkan pelajaran Ke Jerman.... dan menguruskan rumahtangga sendirian tapi dari situlah aku mula mendapatkan lesen memandu untuk menguruskan anak2.....kalau tak mungkin sampai sekarang pun aku tak berlesen.......Setelah itu aku memohon balik ke KL kerana memikirkan anak dah nak mula ke sekolah.....aku bertukar pula ke SMDamansara Utama....di sini aku mengenali ramai jenis orang dari berbagai ragam dan darjatnya.....aku mengajar subjek Kemahiran Hidup.... di sini aku mendapat murid2 yang amat bagus mungkin latar belakang mereka membuatkan mereka masih ada rasa hormat dan mengenang budi.....sewaktu di sini aku bekerjasama utk mendapatkan duit bagi menjayakan hari kantin....murid2ku sama2 membantu aku memasak nasi lemak dan sambal yang pelbagai jenis....memang menyeronokkan...itulah kelas 3 Dahlia...terlalu banyak pengalaman manis dengan mereka.....dan yang pastinya aku masih lagi belum pernah buat tuntutan perjalanan bila ada kursus dan tidak pernah bertanyakan berapa bayarannya.....segala2 tentang duit....bukan aku banyak duit atau terlalu baik tetapi aku ikhlas didalam membuat kerja....sebab itulah aku tak terasa perlu untuk membuat tuntutan yang sepatutnya walaupun boleh....tapi hari ini...guru2 muda...nak pergi ke mana2 aja tanya boleh buat tuntutan ke tidak???????? Di mana keikhlasannya.....????? Di hari ini aku berada di sini di sekolah rendah yang mana 90% pelajarnya adalah Melayu yang berlatar belakangkan yang pelbagai tapi terlalu banyak karenahnya sehingga jawatan guru ni di pandang terlalu rendah darjatnya.....ibu bapa dah tak berapa nak hormatkan guru2....bagi mereka guru2 hanya nak duit sahaja.....anak2 mereka tak boleh di jentik walaupun sebenarnya anak2 mereka di rumah pijak semut pun tak mati, tapi di sekolah....Ya ALLAH berjin.....bila anak luka berdarah guru tak pernah membiarkannya.....dgn kenderaan sendiri tanpa claim membawa mereka ke klinik atau hospital....tapi masih ada lagi ibubapa yang tak berterima kasih.....sedih....bagaimanakah setelah 10 tahun nanti???????? Walaupun ada juga ibubapa yang masih menghormati dan menganggap guru adalah yang terbaik....aku ucapkan terima kasih kerana masih menghargai kami......BUAT KENGKAWAN YANG BERGELAR GURU, SEKALI KAU BERADA DI BIDANG INI TERUSKAN PERJUANGAN KITA HINGGA KE NAFAS YANG TERAKHIR...........SEMUGA BALASAN DARI TUHAN NANTI ADALAH YANG TERBAIK.....AMIN.................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...