Followers
Thursday, May 19, 2011
20th ANNIVERSARY
Hari ini 19hb Mei 2011 genap 20 tahun perkahwinanku......20 tahun aku melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta.....En. Rosli b Rapep@Abdul Patah.....seorang lelaki yang berasal dari Senggarang, Batu Pahat, Johor.....aku mengenalinya pada awal tahun 1989, 2 hari selepas harijadiku melalui kawan adikku.....pertemuan pertamaku adalah di rumahku sewaktu hari raya.....kawan adikku telah datang kerumah bersama2 kawan2nya.....tapi beliau adalah seorang lelaki yang pemalu, hanya menggunakan nama glamournya sewaktu di maktab....dan aku masih tak dapat mengenali wajahnya yg sebenar kerana sewaktu menghidangkan minuman aku tak berani tak menatap wajah kengkawan2nya...apatah lagi wajah suamiku itu....seminggu kemudiannya dia hendak bertemuku.....sewaktu itu aku bertugas di sebuah syarikat swasta dan dia masih lagi berada di MPT....first dating di BUS STAND KLANG.....kelakar sungguh sebab pada hari yg sama, ramai juga orang perempuan yang berbaju kurung biru dan bertudung biru.....tapi aku lengkap memakai sepatu bertumit biru.....tetapi memang dah jodoh sebab walaupun aku tak berapa cam dgn mukanya tetapi oleh kerana ada sorang je mamat yg tengah mencari2 orang jadi aku teka sajalah.....nasib baik tekaanku betul....alamak.....dia ajak aku naik motornya????? RXZ dengan plat JBN ......dengan baju kurung....macammana ya....dalam hati tuhan aja yg tahu.....alamak......tak naik nanti orang kata sombong....naik....ishish.....naik jugalah....nak pegang mana ha????? pegang je pada belakang motor....hahahaha....kelakar betul aku....kemana???? aku kata ke Ampang Park sebab aku nak bertemu dengan kawanku TINA Hayati yang ketika itu ada promotion alatan kesihatan di sana......selepas itu balik.......takut....... Hahahaha......kenangan sungguh.....brutal2 aku takut juga naik motor........tapi sekarang ni rajin juga bercintan berdua dengan motor BMWnya plak.....semuga kebahagian ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.......
Saturday, May 14, 2011
ISI HATI SEORANG YANG DI PANGGIL 'CIKGU'
Betapa indahnya kalau apa yang tergambar di petikan di atas adalah realitinya....menjadi seorang guru bukan semudah yang pernah ku impikan 21 tahun yang lalu.....dulu sewaktu di sekolah rendah, bila di tanya dah besar nak jadi apa? dengan pantas aku menjawab soalan dari guru pertamaku...(aku tak pernah pergi ke tadika) Pn. Rohani. Dia mengajar aku mengenal huruf A - Z, dia mengajar aku melukis, menulis dan tentunya membaca...1975....tahun pertama menjejak kaki ke sekolah....aku juga mula belajar bahasa selain dari bahasa melayu....bahasa Inggeris...gurunya cikgu Nurhana Buyong.....naik ke darjah 2 aku di ajar oleh cikgu Norehan dan cikgu Englishnya Cikgu Mansor...cikgu yang memakai kereta volvo pada ketika itu...seterusnya cikgu Rumiah, Mr Kathiravellu (jurulatih hoki kebangsaan pada ketika itu) dan sudah tentu aku masih ingat pada Mr Nantha Kumar yang garang tetapi sering memberi semangat kepada kami sekelas, begitu juga dengan cikgu Noslini, cikgu Halim, cikgu Jamaludin dan cikgu Mohd Nor semestinya....itulah senarai nama guru2 sewaktu aku di sekolah rendah....tapi kini aku telah berada di tempat aku bermula di SMTmn Bkt Maluri, Kepong....pergi mengajar tanpa pengangkutan sendiri....menaiki bas awam dan menumpang seorang guru yang satu sekolah di TTDI.....pernah bertugas sampai pukul 10.30 malam didalam menguruskan pertandingan Bolajaring Zon Sentul....kerana tiada kenderaan terpaksa menaiki bas ke KL barulah sampai ke Damansara Utama.....pernah membawa murid ke ceramah motivasi murid dengan hanya menaiki bas awam tanpa meminta duit tambang dari pihak sekolah....menaiki keretapi kelas 3 untuk berkursus di USM kerana masa itu belum ada gaji lagi......sungguh hebat aku rasakan....aku tak pernah terfikir untuk mempunyai kenderaan sendiri kerana gaji yg diterima pada masa itu tak sampai pun rm600 bila dah ditolak kwsp dan lainnya....itulah jumlah wang yang aku gunakan untuk melangsungkan perkahwinanku tanpa membuat pinjaman di bank......semuanya boleh di buat.....anak muridku dulu 99% adalah murid berbangsa cina....yang sememangnya 90% tidak tahu bertutur BM dgn baik.....tapi aku masih boleh membentuk mereka.....mereka masih boleh mendengar cakap kita....dan bila aku mengadakan majlis perkahwinanku mereka hadir beramai2 dengan keluarga mereka...sungguh aku terharu......kemudian aku mengikuti suamiku bertugas di N9....di SMDato' Mansor, Bahau....di sini aku telah membantu menaikkan nama sekolah di dalam bidang bolajaring bagi Zon Jempol....setelah 15 tahun di ungguli oleh SMBatu Kikir.....ianya telah di rampas oleh anak didikku di hari jadiku.....betapa aku terasa di hargai.....walaupun murid2nya tidaklah begitu menjadi didalam pelajaran tetapi sekurang2nya mereka dapat menyumbangkan sesuatu utk kebanggaan sekolah.....5 tahun aku di sini dengan seribu satu kenangan pahit dan manis.....itu semua pengalaman hidup... berjauhan selama setahun dengan suami yang melanjutkan pelajaran Ke Jerman.... dan menguruskan rumahtangga sendirian tapi dari situlah aku mula mendapatkan lesen memandu untuk menguruskan anak2.....kalau tak mungkin sampai sekarang pun aku tak berlesen.......Setelah itu aku memohon balik ke KL kerana memikirkan anak dah nak mula ke sekolah.....aku bertukar pula ke SMDamansara Utama....di sini aku mengenali ramai jenis orang dari berbagai ragam dan darjatnya.....aku mengajar subjek Kemahiran Hidup.... di sini aku mendapat murid2 yang amat bagus mungkin latar belakang mereka membuatkan mereka masih ada rasa hormat dan mengenang budi.....sewaktu di sini aku bekerjasama utk mendapatkan duit bagi menjayakan hari kantin....murid2ku sama2 membantu aku memasak nasi lemak dan sambal yang pelbagai jenis....memang menyeronokkan...itulah kelas 3 Dahlia...terlalu banyak pengalaman manis dengan mereka.....dan yang pastinya aku masih lagi belum pernah buat tuntutan perjalanan bila ada kursus dan tidak pernah bertanyakan berapa bayarannya.....segala2 tentang duit....bukan aku banyak duit atau terlalu baik tetapi aku ikhlas didalam membuat kerja....sebab itulah aku tak terasa perlu untuk membuat tuntutan yang sepatutnya walaupun boleh....tapi hari ini...guru2 muda...nak pergi ke mana2 aja tanya boleh buat tuntutan ke tidak???????? Di mana keikhlasannya.....????? Di hari ini aku berada di sini di sekolah rendah yang mana 90% pelajarnya adalah Melayu yang berlatar belakangkan yang pelbagai tapi terlalu banyak karenahnya sehingga jawatan guru ni di pandang terlalu rendah darjatnya.....ibu bapa dah tak berapa nak hormatkan guru2....bagi mereka guru2 hanya nak duit sahaja.....anak2 mereka tak boleh di jentik walaupun sebenarnya anak2 mereka di rumah pijak semut pun tak mati, tapi di sekolah....Ya ALLAH berjin.....bila anak luka berdarah guru tak pernah membiarkannya.....dgn kenderaan sendiri tanpa claim membawa mereka ke klinik atau hospital....tapi masih ada lagi ibubapa yang tak berterima kasih.....sedih....bagaimanakah setelah 10 tahun nanti???????? Walaupun ada juga ibubapa yang masih menghormati dan menganggap guru adalah yang terbaik....aku ucapkan terima kasih kerana masih menghargai kami......BUAT KENGKAWAN YANG BERGELAR GURU, SEKALI KAU BERADA DI BIDANG INI TERUSKAN PERJUANGAN KITA HINGGA KE NAFAS YANG TERAKHIR...........SEMUGA BALASAN DARI TUHAN NANTI ADALAH YANG TERBAIK.....AMIN.................
Friday, April 29, 2011
BARAH PERUT
Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.
Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.
Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.
Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.
Gejala
Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:
Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
Mual dan muntah;
Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
Kembung perut selepas makan;
Hilang selera makan;
Lemah dan letih; dan
Pendarahan (muntah atau berak berdarah).
Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).
Diagnosis
Untuk menentukan punca gejala, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit, melakukan ujian fizikal, dan mungkin mengarahkan kajian makmal. Pesakit mungkin melalui satu atau kesemua pemeriksaan berikut:
ujian darah okult najis (Fecal occult blood test)
Siri GI bahagian atas (Upper GI series)
Pemeriksaan gastroskopik
Tisu tidak normal yang kelihatan dalam pemeriksaan gastroskop akan di biopsi oleh pakar bedah atau gastroenterologist. Tisu ini kemudiannya akan dihantar kepada patologi untuk pemeriksaan histologi di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Biopsi, dengan analisa histologi berikutnya merupakan satu-satu cara memastikan kehadiran sel barah.
Tahap
Jika ahli patologi menjumpai sel barah dalam contoh tisu, doktor pesakit perlu mengatahui tahap, atau setakat mana, penyakit merebak. Pemeriksaan tahap merebak dan ujian akan membantu doktor mengetahui samada barah telah merebak dan, jika benar, bahagian mana tubuh terbabit. Kerana barah perut mampu merebak ke hati, pankreas, dan organ lain berhampiran perut termasuk juga paru-paru, doktor mungkin memilih imbasan CT (atau CAT), pemeriksaan ultrasound, atau ujian lain untuk memeriksa bahagian ini.
Pentakrifan mungkin tidak akan selesai sehingga selepas pembedahan. Pakar bedah akan membuang nod limfa berhampiran dan mengambil tisu contoh dari kawasan lain di bahagian abdomen. Kesemua contoh ini diperiksa oleh ahli patologi untuk mengesan sel barah. Keputusan mengenai rawatan selepas pembedahan bergantung kepada keputusan ujian ini.
Rawatan
Pelan rawatan dirancang oleh doktor menurut keperluan setiap pelanggan. Rawatan untuk barah perut bergantung kepada saiz, lokasi, dan tahap tumor; peringkat perkembangan penyakit; kesihatan pesakit secara umum; dan faktor lain.
Kebanyakan mereka yang mengidap barah ingin mempelajari semua yang mungkin berkenaan penyakit dan pilihan rawatan barah perut agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan rawatan perubatan. Doktor merupakan orang terbaik bagi menjawap soalan berkenaan diagnosis dan rancangan rawatan.
Apabila seseorang disahkan mengidap barah, kejutan dan tekanan (stress) adalah reaksi biasa. Perasaan ini mungkin menjadikan sukar bagi seseorang berfikir mengenai kesemua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Seringkali, ia membantu dengan menyediakan senarai soalan. Bagi membantu mengingati apa yang diberitahu oleh doktor, pesakit boleh mencatat atau bertanya samaada mereka boleh menggunakan pita rakaman. Sesetengah orang juga mahukan ahli keluarga atau rakan mereka bersama-sama ketika berbincang dengan doktor -- untuk turut serta dalam perbincangan, mengambil nota, atau hanya mendengar. Pesakit tidak perlu rasa untuk bertanya kesemua soalan mereka atau meningati kesemua jawapan serentak. Mereka akan mempunyai peluang untuk bertanyakan doktor untuk menjelaskan perkara dan mendapatkan maklumat lanjut.
Apabila berbincang mengenai pilihan rawatan, pesakit mungkin ingin bertanyakan mengenai membabitkan diri dengan kumpulan kajian penyelidikan. Kajian sedemikian, dikenali sebagai ujian klinikal, direka bagi membantu rawatan barah.
Pesakit dan mereka yang tersayang pastinya ragu mengenai keberkesanan rawatan. Kadang kala mereka cuba menggunakan statistik untuk mengetahui samaada pesakit dapat disembuhi, atau berapa lama pesakit mampu hidup. Amat penting untuk diingati bahawa statistik merupakan purata berdasarkan sejumlah besar pesakit. Ia tidak boleh digunakan bagi meramal apa yang akan berlaku kepada seseorang yang khusus kerana tiada dua pesakit barah adalah serupa; rawatan dan tindak balas jauh berbeza. Pesakin mungkin ingin berbincang dengan doktor mengenau peluang untuk sembuh (prognosis). Apabila doktor berbincang mengenai barah, mereka menggunakan istilah pergi (remission) dan bukannya sembuh. Ini disebabkan walaupun ramai pesakit sembuh sepenuhnya, doktor menggunalkan istilah ini kerana ia mampu kembali.
Mendapatkan pendapat kedua
Memutuskan jenis rawatan adalah rumit. Kadang-kala ia membantu pesakit bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai diagnosis dan pelan rawatan. (Sesetengah syarikat insurans memerlukan pendapat kedua; yang lain mungkin membayar bagi pendapat kedua sekiranya pesakit memohonnya.) Terdapat beberapa cara bagi mendapatkan pendapat doktor lain:
Doktor yang memeriksa pesakit akan mencadangkan rujukan kepada seorang pakar perubatan. Pakar-pakar yang terlibat ialah pakar gastroenterologi, pakar bedah, pakar perubatan onkologi dan pakar onkologi radiasi.
Cara Perawatan
Barah perut sukar disembuhkan kecuali ia dikesan pada peringkat awal (sebelum ia mula merebak). Malangnya, disebabkan barah perut awal menunjukkan sedikit tanda, penyakit ini biasanya lewat dikesan. Bagaimanapun, barah perut lewat boleh dirawat dan tanda-tandanya dikurangkan. Rawatan bagi barah perut mungkin termasuk pembedahan, kimoterapi, dan/atau rawatan radiasi. Pendekatan rawatan baru seperti rawatan biologi dan peningkatan dalam menggunakan kaedah semasa sedang dikaji dalam ujian klinikal. Pesakit mungkin dirawat dengan satu cara atau gabungan beberapa kaedah rawatan.
Pembedahan merupakan rawatan biasa bagi barah perut. Operasi ini dikenali sebagai gastrektomi (gastrektomi). Pakar bedah motong sebahagian (gastrektomi sebahagian) atau sepenuhnya (gastrektomi penuh) perut, termasuk juga sebahagian tisu disekeliling perut. Selepas gastrektomi, doktor akan menyambung baki perut kepada esophagus atau usus kecil. Selepas gastrektomi penuh, doktor menyambung esophagus langsung kepada usus kecil. Disebabkan barah mampu merebak melalui sistem limfa, nod limfa berhampiran tumor sering kali dibuang semasa pembedahan agar pakar pathologi boleh memeriksanya bagi sel barah. Sekiranya sel barah terdapat pada nod limfa, penyakit tersebut mungkin merebak kepada bahagian tubuh yang lain.
Kemoterapi merupakan penggunaan dadah bagi membunuh sel barah. Rawatan ini dikenali sebagai rawatan sistemik (systemic therapy) kerana dadah memasuki salur darah dan mengalir keseluruh tubuh.
Ujian klinikal sedang dijalankan bagi memastikan cara terbaik bagi menggunakan rawatan kemoterapi bagi merawat barah perut. Ahli sains sedang menyelidik kebaikan memulakan rawatan kemoterapi sebelum pembedahan bagi menguji ketumbuhan (tumor), atau sebagai rawatan seiring selepas pembedahan bagi memusnahkan sel barah. Rawatan gabungan dengan kemoterapi dan radiasi juga diselidik. Doktor sedang menguji rawatan di mana dadah anti barah diletakkan langsung kedalam perut (abdomen) (intraperitoneal chemotherapy). Kimoterapi juga dikaji sebagai rawatan bagi barah yang telah merebak, dan sebagai cara melegakan simptom penyakit.
Kebanyakan dadah anti barah diberikan melalui suntikan; sesetengah ditelan. Doktor mungkin menggunakan satu dadah atau gabungan beberapa dadah. Rawatan kimoterapi diberikan dalam kitaran: tempoh rawatan diikuti tempoh pulih, diikuti rawatan berikutnya, dan berterusan. Biasanya seseorang menerima rawatan kimoterapi sebagai pesakit luar (di hospital, di pejabat doktor, atau di rumah). Walau bagaimanapun, bergantung kepada jenis dadah yang diberikan dan kesihatan pesakit, pesakit mungkin perlu tinggal di hospital bagi tempoh yang singkat.
Rawatan radiasi (juga dikenali sebagai radioterapi) merupakan penggunaan pancaran bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel barah dan menghalangnya dari membesar. Sebagaimana pembedahan, ia adalah rawatan kawasan khusus; radiasi hanya memberi kesan kepada sel barah ditempat yang dirawat. Rawatan radiasi kadang kala diberikan selepas pembedahan untuk memusnahkan sel barah yang tinggal dikawasan tersebut. Penyelidik sedang melakukan kajian klinikal untuk memastikan samaada ia berguna bagi memberikan rawatan radiasi semasa pembedahan (intraoperative radiation therapy). Rawatan radiasi boleh juga digunakan bagi meringankan kesakitan atau sekatan.
Pesakit perlu pergi ke klinik atau hospital setiap hari bagi rawatan radiasi. Biasanya rawatan diberikan 5 hari seminggu bagi 5 hingga 6 minggu.
Terapi biologi (juga dikenali sebagai immunotherapy) merupakan bentuk rawatan yang membantu sistem pertahanan diri (sistem immunisasi) menyerang dan memusnahkan sel barah; ia juga mampu membantu badan pulih dari kesan sampingan rawatan. Dalam ujian klinikal, doktor sedang mengkaji rawatan biologi secara gabungan dengan rawatan lain bagi cuba menghalang barah perut kembali. Kegunaan lain rawatan biologi, pesakit yang mempunyai bilangan sel darah rendah semasa atau selepas kimoterapi mungkin menerima faktor penggalak-kolon bagi membantu memulihkan aras sel darah. Pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa menerima rawatan jenis biologi.
Ujian klinikal
Ramai pesakit yang mengidap barah perut dirawat dalam ujian klinikal. Doktor menjalankan ujian klinikal bagi mengetahui samaada pendekatan baru adalah selamat dan berkesan dan bagi menjawab persoalan saintifik. Pesakit yang terbabit dalam kajian ini sering kali merupakan orang pertama menerima rawatan yang menunjukkan hatil yang memberangsangkan dalam ujian makmal. Dalam ujian makmal, sesetengah pesakit mungkin menerima ujian baru sementara yang lain menerima pendekatan piawaian. Dengan cara ini, doktor boleh membandingkan rawatan berlainan. Pesakit yang terbabit dalam ujian membuat sumbangan penting pada bidang sains perubatan dan mungkin mempunyai peluang pertama untuk meraih kebaikan dari kaedah rawatan yang lebih baik. Penyelidik juga menggunakan rawatan klinikal bagi mencari jalan bagi mengurangkan kesan sampingan rawatan dan bagi membaiki kualiti hidup pesakit.
Banyak ujian klinikal bagi pengidap barah kolon sedang dijalankan. Pesakit yang berminat menyertai ujian ini perlu berbincang dengan doktor mereka. Risalah (Taking Part in Clinical Trials: What Cancer Patients Need To Know explains the possible benefits and risks of treatment studies. - ** Hanya di USA.)
Salah satu cara mengetahui ujian klinikal di USA adalah melalui PDQ®, pengkalan data komputer yang dimajukan oleh National Cancer Institute. PDQ mengandungi maklumat mengenai rawatan barah dan mengenai ujuan klinikal. Pusat Maklumat Barah mampu memberikan maklumat PDQ kepada doktor, pesakit dan orang awam.
Kesan sampingan rawatan
Ia sukar bagi menghadkan kesan rawatan agar hanya sel barah disingkir atau dimusnahkan. Oleh kerana tisu dan sel sihat turut rosak, rawatan barah mampu menghasilkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kesan sampingan rawatan barah berlainan bagi setiap orang, dan ia mungkin berlainan dari satu rawatan dengan rawatan lain. Doktor mungkin akan merangka pelan rawatan yang memberikan kesan sampingan paling minima; mereka boleh membantu dengan sebarang masaaalah yang timbul. Atas sebab ini, adalah penting bagi memberitahu doktor mengenai apa-apa masaalah semasa atau selepas rawatan.
Pembedahan
Gastrektomi merupakan pembedahan utama. Untuk tempoh masa tertentu selepas pembedahan, aktiviti pesakit terhad bagi membenarkan luka sembuh. Untuk beberapa hari selepas pembedahan, pesakit diberi makan melalui tiub (melalui urat darah). Dalam tempoh beberapa hari, kebanyakan pesakit bersedia bagi mengambil cecair dan diikuti dengan makanan lembut, kemudian makanan pepejal. Mereka yang perut mereka dibuang sepenuhnya tidak dapat menyerap vitamin B12, yang diperlukan bagi darah sihat dan saraf, dengan itu memerlukan suntikan berkala bagi vitamin ini. Pesakit mungkin berhadapan dengan masaalah menghadamkan sesetengah makanan, dan mereka mungkin perlu menukar permakanan mereka. Sesetengah pesakit gastrektomi perlu mengikut diet khas untuk selama beberapa minggu atau bulan, sementara mungkin selama-lamanya. Doktor atau pakar permakanan akan menjelaskan perubahan diat yang diperlukan.
Sesetengah pesakit gastrektomi mengalami kekejangan, mual cirit-birit, dan pening sejurus selepas makan kerana makanan dan cecair memasuki usus kecil terlalu pantas. Simptom sebegini dikenali sebagai sindrom buang (dumping). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seringkali memburukkan simptom. Sindrom buang (dumping) boleh dirawat dengan mengubah diet pesakit. Doktor sering kali menasihatkan pesakit agar makan sedikit beberapa kali sepanjang hari, mengelakkan makanan bergula, dan makan makanan yang tinggi khasiat protin. Untuk mengurangkan jumlah cecair yang memasuki usus kecil, pesakit sering kali digalakkan agar tidak minum semasa waktu makan. Ubat-ubatan juga mampu membantu sindrom buang. Simptom ini biasanya hilang selepas 3 hingga 12 bulan, tetapi terdapat yang kekal.
Selepas gastrektomi, hempedu dalam usus kecil mungkin melimpah kebahagian baki perut atau kedalam esofagus, menyebabkan simptom sakit perut. Doktor pesakit boleh memberikan ubat atau mencadangkan barangan (over-the-counter) untuk mengawal simptom sebegitu.
Kemoterapi
Kesan sampingan kemoterapi bergantung kebanyakannya kepada jenis dadah yang diberikan kepada pesakit. Sebagaimana rawatan jenis lain, kesan sampingan turut berubah-ubah antara seseorang dengan yang lain. Secara umum, dadah anti barah memberi kesan kepada sel yang membahagi dengan pantas. Ini termasuk sel darah, yang melawan jangkitan, membantu darah membeku, atau membawa oksigen keseluruh bahagian tubuh. Apabila sel darah terjejas oleh dadah anti barah, pesakit lebih mudah mendapat jangkitan, mudah lebab atau berdarah dengan lebih mudah, dan kurang bermaya. Sel pada akar rambut dan sel yang melapis salurang penghadaman turut membahagi dengan pantas. Akibat rawatan kemoterapi, pesakit mungkin mempunyai kesan sampingan seperti hilang selera makan, mual, muntah, kehilangan rambut, atau mulut melepuh. Bagi sebahagian pesakit, doktor mungkin memberikan ubat yang membantu mengurangkan kesan sampingan, terutamanya dengan mual dan muntah. Kesan ini biasanya beransur hilang semasa tempoh antara rawatan atau selepas rawatan dihentikan.
Rawatan radiasi
Pesakit yang menerima radiasi pada bahagian tubuh (abdomen) mungkin merasa mual, muntah, dan cirit-birit. Doktor boleh memberikan ubat atau mencadangkan perubahan diet bagi mengurangkan masaalah tersebut. Bahagian kulit yang dirawat biasanya menjadi merah, kering, lembut, dan gatal-gatal. Pesakit perlu mengelak mengenakan pakaian yang bergesel; pakaian kapas longgar biasanya terbaik. Adalah penting bagi pesakit menjaga kulit mereka semasa rawatan, tetapi mereka tidak sepatutnya menggunakan lotion atau krim tanpa nasihat doktor.
Pesakit kemungkinannya menjadi amat letih semasa rawatan radiasi, terutama pada minggu akhir rawatan. Berehat adalah penting, tetapi doktor biasanya menasihatkan pesakit agar kekal aktif semungkin boleh.
Terapi biologi
Kesan sampingan rawatan biologi bergantung kepada jenis rawatan. Sesetengahnya mengakibatkan simptom seperti selsema, seperti sejuk, demam, tidak bermaya, lemah, mual, muntah, dan cirit-birit. Pesakit kadang kala mendapat bedam (rash), dan mereka mudah lebam atau berdarah. Masaalah ini mungkin teruk, dan pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa tempoh rawatan.
Zat bagi pesakit barah
Kadang-kala sukar bagi pesakit yang dirawat bagi penyakit barah perut bagi makan dengan baik. Barah sering kali menyebabkan kehilangan selera makan, dan mereka tidak berselera apabila merasa tidak selesa atau letih. Adalah sukar bagi pesakit untuk makan sedangkan mereka merasa mual, muntah-muntah, mulut melepuh, atau sindrum buang. Pesakit yang melalui pembedahan perut kemungkinannya merasa kenyang stelah makan sedikit. Bagi sesetengah pesakit, rasa makanan berubah. Bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan zat yang mencukupi. Makan dengan baik bererti mendapat cukup kalori dan protin bagi mengelakkan kehilangan berat, kembali sihat, dan membina tisu normal.
Doktor, nurse, dan pakar permakanan boleh menawarkan makanan sihat semasa dan selepas rawatan barah. Pesakit dan keluarga mereka juga mungkin mahu membaca makalah (National Cancer Institute booklet Eating Hints for Cancer Patients), yang mengandungi banyak cadangan berguna.
- bahan rujukan diperolehi dari wikipedia -
Thursday, April 21, 2011
Aizat Amdan - Sungai Lui ( HQ Audio )
Last night tertengok video klip lagu sg lui ni di TV3.....my hubby tanya lagu apa ni? Lagu Sg Lui oleh Aizat..... bestkan lagu ni..... irama dan muziknya mengingatkan peristiwa2 lama sungguh mengasyikkan...... actually hubby aku ni jarang nak minat lagu2 orang muda ni..... maklumlah retro.... tetapi lagu ini (yang memang menjadi minat aku juga).... telah dapat menambat hatinya......nanti mesti dia rajin nyanyi bila dia memandu....hehehehehe.......
Friday, April 15, 2011
43 TAHUN SUDAH UMURKU
Actually ni hadiah in advance dari PK Pentadbiran, kebetulan tengah pilih untuk beli diri sendiri ada orang nak hadiahkan......jadi ambillah.... rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.......thank you so much kak zue....
Ini pulak kek yang di beli oleh Pn Norhayati Yaakub.....Thank you Tie.....unexpected gift sebenarnya ni..... seronok plak rasanya......jarang di raikan.... selalu g dating dengan buah hati je...tapi semenjak 4 tahun kebelakangan ni dah tak boleh nak g dating berdua lagi sebab si penyibuk sorang itu memang tak boleh nak tinggal......nak ikut je....hehehehehhhe............
Ini pun hadiah yang tak terduga.......kebetulan English style lagi....... seronok, gembira dan tak tergambarlah seronoknya.....hehehehehe.....hari raya nanti tak payahlah beli bunga baru.....sebab bunga ni dah memang sesuai untuk hiasan rumah ku...............
Hai..... dah 43 tahun rupanya....bersyukur kepada ALLAH kerana aku masih dapat menghirup udara mu.....aku masih dapat membuat kebajikan....menyampaikan ilmu yang wajib kepada anak-anak didikku.....alhamdulilllah....semoga aku akan menjadi isteri, ibu, guru dan ketua yang terbaik untuk semua orang..................amin............
Thursday, April 7, 2011
Monday, April 4, 2011
MASALAH KEPUTIHAN WANITA
Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.
Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari
vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.
Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.
Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.
Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.
ifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.
Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:
>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
>> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk
Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:
>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
Antara perkara yang perlu untuk diketahui :
1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita
2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar
3. Menjauhi tekanan yang berlebihan
4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil
5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan
Re: Mengubati penyakit keputihan pada wanita
Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
Penyakit ini tidak harus dipandang remeh kerana jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan ia boleh menyebabkan masalah dalaman yang lain seperti frigid dimana vagina menjadi kurang sensitif atau kurang peka pada sentuhan.. Selain itu ia juga boleh menyumbang kepada kemandulan jika dibiarkan berlanjutan pada tempoh masa yang lama.
Jamu untuk keputihan
Tumbuhan herba telah lama digunakan untuk menangani masalah ini.Ramuan ini telah diamalkan sejak turun temurun dan terbukti berkesan menjadi penawar untuk keputihan.Bahan- bahan yang diperlukan untuk rawatan ini ialah:
>> 10 helai daun beluntas(pluchea indica)
>> Temu kunci (Kaemferia pandurata)
>> Temu lawak (curcuma manthoriza)
>> kayu rapat
>> Kunyit hidup (curcuma domestica)
Bahan-bahan diatas diricih (dipotong nipis-nipis) dan dimasukkan ke dalam periuk berisi 1 liter air. campuran ini direbus hingga mendidih dan airnya tinggal 1/3 dari kandungan asal(330 ml). Air ini akan diminum sekali sehari. Setiap kali hendak diminum air ini akan dipanaskan dan dibiarkan hingga suam.
Sirih (piper betle) juga telah terbukti dapat mengurangkan dan merawat masalah keputihan. 10 - 20 helai daun sirih diramas keadalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mencuci bahagian sulit setiap kali selepas membuang air kecil. Ia juga boleh direbus untuk mendapatkan kesan yang optimum.Selain mampu merawat keputihan ia juga akan menghilangkan kegatalan dibahagian alat sulit yang selalunya disebabkan oleh bakteria. Ini kerana sirih mengandungi fenol yang merupakan antiseptik yang kuat.Minyak pati yang terdapat dalam daun sirih juga mempunyai bau yang wangi yang dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada vagina . Air rebusan daun inai (lawsonia inermis) juga boleh digunakan dengan cara yang sama iaitu sebagai bilasan selepas setiap kali membuang air kecil.
Wednesday, March 30, 2011
HASIL KERJA TANGANKU
Inilah hasil kerja tanganku....sebenarnya aku bukanlah orang yang suka duduk mengadap menjahit sampai berjam2....tetapi kalau duduk dan buat memang boleh siap....aku suka kalau nak buat mesti nak siap cepat utk tengok hasilnya.....kalau dah simpan berlama2an....jangan haraplah aku nak menyambungnya..... Jahitan manik itu aku buat untuk baju yang akan aku pakai di kursus nanti...maklumlah rupa memang tak ada tapi penampilan mesti lebih.....jadi tak adalah orang kata cikgu ni ketinggalan zaman dan murid boring nak tengok muka aku je, sebab tak ada tarikan.....actually kat sekolah memang aku selalu di beri perhatian oleh anak muridku sebab penampilan berpakaian ku yang selalunya sedondon dengan kasutku.....jadi banyaklah tempat untuk anak muridku nak berikan perhatian bila boring nak mengadap muka aku ni......
Berbalik pada hasil kerjatanganku itu, ada staff aku yang tak percaya aku yang buat.....maklumlah lagak kasar aku tu ada ke sifat2 kreatif dan seni?????? Diaorang tak tahu kat umah aku banyak jugalah hasil kreatif yang telah aku hasilkan dari cross stich, gubahan bunga dan hiasan rumah ...... walau pun aku ni agak kasar dan ganas sikit tapi aku ni kan perempuan......itulah bila ada teman yang sama belajar di sekolah dan kolej berborak di telefon dia terperanjat bila dia tahu yang aku telah berkahwin.....dia tak percaya....tomboy macam aku ni boleh berkahwin....tomboy2 aku, pakai tudung tu....bertambah tak percaya bila dia tahu yang aku dah ada 5 orang cahaya mata.....jangan pandang aku tak ada mata ya bro....hehehehe......
MINUMAN KESIHATAN
Dah lama tak buka blog....sibuklah sesangatnya.....dahlah tu BB pun tak berapa nak bagus sangat.....however hari ini ada peluang maka bolehlah aku share sikit tentang minuman kesihatan yang telah aku amalkan sekarang.....MONAVIE....actually hubby aku yang cadangkan pada aku....aku ni susah sikit nak makan benda yang bukan2....tapi bila dah hubby yang belikan aku pun minum jalah.....alhamdulillah....ada perubahan pada diri aku....samada dari fizikal mahupun mental......so kat sini aku searchlah about MONAVIE
Dengan mengambil pertimbangan keatas falsafah Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan, MonaVie™ telah mencipta satu minuman yang menawarkan perbezaan dalam cita rasa. Hasilnya ialah satu minuman menyegarkan dan memberi keupayaan untuk hidup dalam kesejahteraan.
MonaVie Original™ adalah gabungan adunan Acai Berry Brazil dan 18 buah buahan lain yang amat menyelerakan.
* Memberi khasiat kepada tubuh anda dengan kebaikan dari Amazon.
* Dirancang bagi mereka yang mengingin cara mudah untuk kepelbagaian buah-buahan dalam makanan harian mereka.
* Mengandung acai, salah satu anugerah alam semulajadi paling berharga.
* Boleh dinikmati pada semua peringkat usia, tua atau muda.
* Pilihan bijak bagi mereka dengan gaya hidup yang sibuk.
MONAVIE PULSE™
Nikmati cara yang mudah dan senang untuk membantu memenuhi sebahagian dari keperluan tubuh anda. MonaVie Pulse™ mempunyai ciri yang lazat hasil gabungan adunan 19 buah-buahan, termasuk, açai berry Brazil dan sterol tumbuh tumbuhan. Nikmatilah kebaikan dan kelazatan MonaVie Pulse.
* Membantu anda mengawal kesejahteraan hidup dengan memberikan keperluan khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh anda.
* Direka untuk penyerapan yang mudah.
* Tambahan yang menyegarkan kepada variasi kesimbangan diet anda, yang merupakan bahagian yang penting daripada gaya hidup yang sehat.
* Khasiat Açai Berry dikekalkan dengan teknik Pengeringan-Beku.
CAMPURAN
Keseimbangan adalah lebih baik daripada bergantung pada sumbangan ramuan tungal. Secara umum, kepelbagaian memberikan kebaikan yang lebih. Kesederhanan adalah lebih berkuasa daripada berlebihan.
Di tengah-tengah campuran MonaVie adalah falsafah bagi Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan. Dengan beratus buah-buahan ditemui dalam alam semula jadi, MonaVie™ tidak mahu menekankan hanya pada satu daripada penggunaan yang lain-lain. Dalam bentuk akhirnya, produk MonaVie™ menghasilkan campuran unik yang berwarna-warni, buahbuahan yang menyelerakan dari seluruh dunia. Bersama-sama, ia memberikan lebih daripada satu jenis buah-buahan. Kami percaya, buahbuahan tambahan yang dipilih untuk campuran kami adalah pelengkap sempurna kepada permata mahkota iaitu beri açai.
SAINSNYA
Dengan penampilan ya yang elegan, Mona Vie adalah sama menarik seperti KELAZATANNYA.
Menawarkan campuran hebat buah-buahan eksotik dari seluruh dunia, MonaVie secara sinergi menggabungkan alam semula jadi dan sains untuk memberikan rasa yang segar daripada kebaikan Amazon kepada anda. MonaVie adalah campuran penuh rasa bagi beri açai Brazil—salah satu daripada pemilikan anugerah semula jadi—dan 18 buah-buahan lain yang menyelerakan. Produk MonaVie adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan ingin menambah kepelbagaian buahbuahan berwarna-warni kepada pemakanan harian mereka. Nikmati produk MonaVie hari ini!
So kengkawan aku dah cuba, nampaknya ada hasil terutamanya pada sakit2 sendi dan lemah2 badan tu.... badan pun lebih cergas.... kalau nak cuba boleh dapatkan dari aku dengan harga yang paling istimewa....aku bukanlah dealer tapi suami aku dapat dengan harga yang lebih murah....kalau tak jadi ahli janganlah nak berangan nak dapat harga murah....tapi oleh kerana suami telah berjaya memberi slogan kata yang membuatkan stokis dan dealer tu melonjak jualannya maka bolehlah aku share dengan kengkawan..... kalau berminat jangan malu2 call aje.....
Dengan mengambil pertimbangan keatas falsafah Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan, MonaVie™ telah mencipta satu minuman yang menawarkan perbezaan dalam cita rasa. Hasilnya ialah satu minuman menyegarkan dan memberi keupayaan untuk hidup dalam kesejahteraan.
MonaVie Original™ adalah gabungan adunan Acai Berry Brazil dan 18 buah buahan lain yang amat menyelerakan.
* Memberi khasiat kepada tubuh anda dengan kebaikan dari Amazon.
* Dirancang bagi mereka yang mengingin cara mudah untuk kepelbagaian buah-buahan dalam makanan harian mereka.
* Mengandung acai, salah satu anugerah alam semulajadi paling berharga.
* Boleh dinikmati pada semua peringkat usia, tua atau muda.
* Pilihan bijak bagi mereka dengan gaya hidup yang sibuk.
MONAVIE PULSE™
Nikmati cara yang mudah dan senang untuk membantu memenuhi sebahagian dari keperluan tubuh anda. MonaVie Pulse™ mempunyai ciri yang lazat hasil gabungan adunan 19 buah-buahan, termasuk, açai berry Brazil dan sterol tumbuh tumbuhan. Nikmatilah kebaikan dan kelazatan MonaVie Pulse.
* Membantu anda mengawal kesejahteraan hidup dengan memberikan keperluan khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh anda.
* Direka untuk penyerapan yang mudah.
* Tambahan yang menyegarkan kepada variasi kesimbangan diet anda, yang merupakan bahagian yang penting daripada gaya hidup yang sehat.
* Khasiat Açai Berry dikekalkan dengan teknik Pengeringan-Beku.
CAMPURAN
Keseimbangan adalah lebih baik daripada bergantung pada sumbangan ramuan tungal. Secara umum, kepelbagaian memberikan kebaikan yang lebih. Kesederhanan adalah lebih berkuasa daripada berlebihan.
Di tengah-tengah campuran MonaVie adalah falsafah bagi Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan. Dengan beratus buah-buahan ditemui dalam alam semula jadi, MonaVie™ tidak mahu menekankan hanya pada satu daripada penggunaan yang lain-lain. Dalam bentuk akhirnya, produk MonaVie™ menghasilkan campuran unik yang berwarna-warni, buahbuahan yang menyelerakan dari seluruh dunia. Bersama-sama, ia memberikan lebih daripada satu jenis buah-buahan. Kami percaya, buahbuahan tambahan yang dipilih untuk campuran kami adalah pelengkap sempurna kepada permata mahkota iaitu beri açai.
SAINSNYA
Dengan penampilan ya yang elegan, Mona Vie adalah sama menarik seperti KELAZATANNYA.
Menawarkan campuran hebat buah-buahan eksotik dari seluruh dunia, MonaVie secara sinergi menggabungkan alam semula jadi dan sains untuk memberikan rasa yang segar daripada kebaikan Amazon kepada anda. MonaVie adalah campuran penuh rasa bagi beri açai Brazil—salah satu daripada pemilikan anugerah semula jadi—dan 18 buah-buahan lain yang menyelerakan. Produk MonaVie adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan ingin menambah kepelbagaian buahbuahan berwarna-warni kepada pemakanan harian mereka. Nikmati produk MonaVie hari ini!
So kengkawan aku dah cuba, nampaknya ada hasil terutamanya pada sakit2 sendi dan lemah2 badan tu.... badan pun lebih cergas.... kalau nak cuba boleh dapatkan dari aku dengan harga yang paling istimewa....aku bukanlah dealer tapi suami aku dapat dengan harga yang lebih murah....kalau tak jadi ahli janganlah nak berangan nak dapat harga murah....tapi oleh kerana suami telah berjaya memberi slogan kata yang membuatkan stokis dan dealer tu melonjak jualannya maka bolehlah aku share dengan kengkawan..... kalau berminat jangan malu2 call aje.....
Wednesday, March 9, 2011
Kita Serupa - Headwind
Di antara lagu2 popular di zaman 80an.... renungkan dan hayatinya...sadis gitu...
Sunday, February 27, 2011
PENAWAR BAGI BARAH PANGKAL RAHIM
Rawatan
Rawatan untuk dysplasia.
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.
Rawatan untuk barah pangkal rahim.
Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.
Pembedahan
Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.
Radioterapi
Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.
Kimoterapi
Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.
Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.
Rawatan paliatif
Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.
DOA UNTUK MERAWAT KANSER
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.
Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah.
via : Surah Al-Waqiah | Wikipedia |
** anda boleh melihat juga tentang makluman halia hutan yang pernah saya catat
setiap penyakit ada penawarnya-insyaallah-yang menyembuhkan adalah hak ALLAH
Rawatan untuk dysplasia.
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.
Rawatan untuk barah pangkal rahim.
Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.
Pembedahan
Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.
Radioterapi
Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.
Kimoterapi
Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah.
Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.
Rawatan paliatif
Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.
DOA UNTUK MERAWAT KANSER
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.
Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah.
via : Surah Al-Waqiah | Wikipedia |
** anda boleh melihat juga tentang makluman halia hutan yang pernah saya catat
setiap penyakit ada penawarnya-insyaallah-yang menyembuhkan adalah hak ALLAH
Saturday, February 26, 2011
BARAH PANGKAL RAHIM
Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).
Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.
Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5). Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.
Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.
Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.
‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.
Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.
Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?
1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin. [2]
Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:
* Henrietta Lacks
* Colleen Dewhurst
* Karin Smith
* Anita Mui
BAHAN DIPEROLEHI DARI WIKIPEDIA ENSIKLOPEDIA, UNTUK KAWAN2KU SAMA-SAMALAH KITA MENCEGAH DENGAN MENDAPATKAN PEMERIKSAAN DI HOSPITAL ATAU DI PUSAT2 KESIHATAN. MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATINYA......
Friday, February 25, 2011
Thursday, February 24, 2011
SORE THROAT ( SAKIT KERONGKONG)
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
So minggu ni minggu aku sakit kerongkong....bahaya tau...sebab kerongkong ni macam2 nak lalu....makan kena pantang terutamanya ais....tapi susah betul aku nak pantang sebab sekarang ni musim panas sangat2nya..... hehehe... ambil jugalah...macam2 petua kengkawan beri....minum air asam jawa, minum madu campur asam limau, makan ais krim vanilla dan banyak lagi....semuanya aku buat dan aku juga ambillah strepsils for regular ngap2.....ok sikitlah dan dapat mc 3 hari la plak....
Wednesday, February 23, 2011
JALAN-JALAN DI KUCHING
Cuti-cuti bulan Jun 2010, jenjalan jauh sikit tapi masih lagi kat dalam Malaysia....cuma naik belon je....gi Kuching, Sarawak....kali ini kitarang naik perahu penambang untuk cross ke Kg Boyan dimana boleh membeli kek-kek lapis yang memang terkenal di Sarawak ni......
Bila pergi ke sini, kilang kek lapis Shaleha memang polular di Kuching ni. Boleh rasa semua kek yang ada kat atas meja tu......makan sampai kenyang..... lepas tu belilah yang ada kat kedai tu.... murah2 aja.....
Hari kedua g jenjalan ke Taman Negara Bako....jangan ingat nak shopping je...tapi di sini boleh juga kita pergi meredah hutan dan mendaki bukit2 yang terdapat di Taman ni sambil mengenal flora dan fauna.....suami aku kata selama dia selalu ke Sarawak barulah first time jejak kaki kat sini....yalah selalunya dia g kursus mestilah jenjalan kat bandar je.....
Satu perkara yang tak sedar sewaktu ke Taman Negara Bako ni.....kami sekeluarga tak memakai jaket keselamatan sewaktu di dalam bot....kalaulah apa2 terjadi .....alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku.....
Kalau ke Sarawak jangan lupa singgah di sini.....kalau dah berada di sini seperti telah menjelajah ke seluruh Sarawak.....
4 hari 3 malam di Kuching rasanya tak cukup....sebab tak pergi ke Serikin...insyaallah bila ada rezeki mesti akan ke sana lagi hanya untuk shopping je plak......seronok......thanks to my beloved hubby as our tuorist guide walaupun tak berbayar.....
Ni tengah tunggu flight untuk balik ke semenanjung.....
Tuesday, February 22, 2011
CUTI-CUTI MALAYSIA
Suamiku memang suka g jenjalan.....biasanya dia akan pergi ngan kengkawannya dulu atau dengan keluarga....kalau dia pergi ke tempat yang aku dan keluarga belum pernah pergi dengan kengkawannya....bila ada peluang dan rezeki lebih dia akan bawa kami sekeluarga pergi pula.....so....ini adalah cuti-cuti malaysia kami bagi tahun 2010 bersama keluarga suamiku.....kami memulakan perjalanan dari Senggarang, Bt pahat pada 5hb Disember 2010. Bersarapan di Mersing, Makan tengahari di Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang dan makan malam serta menginap untuk malam pertama di Kuala Terengganu......
Hari Kedua, g shopping di Pasar Payang, Kuala Terengganu.....kalau dah kat kuala terengganu rugi kalau tak beli kain batik atau kain sutera terengganu....the best place to get the most beautiful sutera here.....sebab buatannya lebih halussss berbanding sutera kelantan..... dapatlah juga aku sepasang sutera....harga asalnya rm380.....tapi oleh kerana pagi2 buta dah mengadap kat kedai tu.....mintalah kurang sampai rm150.....alhamdulillah dapat....heheheheh.....
Hari ini g makan tengahari di batu rakit plak.......sebab nak teruskan perjalanan ke Kota bharu plak....dah janji nak singgah umah sepupu suami di Kok Lanas....sepanjang perjalanan keropok lekor ada berbeg2 dalam kereta.....diberi oleh kengkawan suamiku...
Petang dalam lebih kurang pukul 5 kitarang dah sampai di umah sepupuku di Kok Lanas, cikgu bersara Raja dan isterinya cikgu Sabariah..... yang bestnya makan malam lauk asam pedas ayam, masak lemak labu, sambal belacan, sayur campur dan ikan masin....apa lagi anak2 aku dan kaum kerabat suami aku punya favourite tu....makan sampai licin....seronok tuan rumah.....maklumlah diaorang ni tinggal berdua aja....bila ada sedara mara datang memang suka sangatlah....maklumlah anak perantau di rantau orang - kata cikgu sabariah......
Hari ketiga, g shopping di mana lagi kalau tak g pasar siti khadijah dan kota baharu.....tapi taklah g rantau panjang sebab dah pernah pergi....nanti bajet lari...... itu pun tak cukup tangan shopping.... tak ingat nak jalan2 jauh lagi ni.....hari ini lunch di Kota bharu....dalam perjalanan ke Ipoh melalui Jeli-grik.... ini first time aku melalui lebuhraya timur barat..... suami aku kata tak boleh lewat petang sangat lalu sini sebab banyak gajah....no wonder sepanjang perjalanan ada sign board gambar gajah.....dalam perjalanan tu aku belilah kueh putu piring rempah....tak pernah makan, nak cuba2 .... ok...sedap lagipun perut lapar.....dari Kota Bharu dah mula plak hujan....tak lebat pun....renyai2....tu yang lapar tu.....
Tiba di dataran Titiwangsa kami berhenti di sini, tandas....makan....dan bergambar.....banjaran yang tertinggi di Semenanjung.....macam boleh capai awannya......makan malam di highway sebelum tiba ke grik......gelap...sunyi....padanlah dulu banyak komunis di sini.....melalui jambatan yang menyambungkan pantai timur dan barat....
Malam ni tidur di rumah sepupu suami aku di Jelapang, Perak..... bila sampai aja...semua cari tempat untuk tidur.....lepaklah tu.....
Hari Keempat, apa lagi cita-cita anakku untuk g mandi....so gilah mandi di LOST WORLD OF TAMBUN....mandilah puas2.... pukul 9 pagi dah berendam....pukul 2 petang baru naik....... makan tengahari di Jelapang. Pukul 5 petang baru bergerak balik ke Puchong.....
Bapa dan ibu mertua serta kaum kerabat suamiku bermalam di Puchonglah .......
Ibu mertuaku cakap..... lain kali tak nak ikut...... penat......tak larat.....hehehehe.....tulah selalu kalau kitarang g jenjalan nak ikut.....bila dah pergi tak larat nak layan......esok kalau aku tua macam manalah plak kan.....
FRUIT COCKTAIL
BAHAN-BAHANNYA
2 TIN LAICI
1 TIN NENAS KIUB
1 TIN LONGAN
1 TIN BUAH CAMPUR
1 BEKAS NATA DE COCO PERASA MANGGA (PERASA LAIN KURANG SEDAP)
1 TIN SUSU CAIR
KETULAN AIS KIUB
CARA MENYEDIAKANNYA
MASUKKAN KE SEMUA BUAH-BUAHAN YANG DI DALAM TIN ITU KE DALAM MANGKUK. AKHIR SEKALI BARULAH DI MASUKKAN SUSU CAIR. SEWAKTU HENDAK DI MAKAN BARULAH DI MASUKKAN AIS DIDALAM MANGKUK ANDA.
TIPS:
JANGAN CAMPUR AIS KE DALAM MANGKUK BUAH-BUAHAN LEBIH AWAL SEBAB IANYA AKAN MEMBUATKAN HILANG RASA SEDAPNYA.....
Monday, February 21, 2011
PETUA
Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Awet Muda
1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
- bahan di ambil wikipedia -
AMALKANLAH.....MANALAH TAHU ADA KEBERKESANANNYA....INSYAALLAH.......
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Awet Muda
1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
- bahan di ambil wikipedia -
AMALKANLAH.....MANALAH TAHU ADA KEBERKESANANNYA....INSYAALLAH.......
Wednesday, February 16, 2011
BERDIET TANPA RISIKO
Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.
Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;
1. Ambil Protein yang Cukup
~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.
~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
2. Elak Perut daripada Lapar
~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.
~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.
3. Usah abaikan Lemak
~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.
~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.
~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.
~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.
~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.
COPY FROM KEDAI HERBA ONLINE
Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;
1. Ambil Protein yang Cukup
~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.
~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
2. Elak Perut daripada Lapar
~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.
~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.
3. Usah abaikan Lemak
~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.
~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.
~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.
~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.
~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.
COPY FROM KEDAI HERBA ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)




















